Saturday, February 26, 2011

kehebadan papa part I :D

Dear Son(s)

Due to the activeness of your mother and I, maybe, you gonna have a lot of brothers and sisters. If that burdens you like hell, I am so sorry for it. Well, your mother and I is completely in love and 'that' is completely out of our control. Lagi pun, Mama kamu comel sangat. So, setiap hari, malam pertama lah jawabnya.


Dear Son(s)
Tahukah kamu bahawa kaum kita adalah amat tidak boleh dipercayai? Dengan itu, sila lah perhatikan adik-adik perempuan kamu. Jangan sekali-kali kamu bagi mereka keluar dengan mana-mana lelaki bullshit. Kalau nak keluar juga, pastikan bukan berdua. Kamu sebagai abang, kamu mesti ikut dieorang. Perhatikan that guy. All the time. Non stop. Not even a second. Dan pastikan yang kamu sentiasa membawa baseball bat bersama. Just in case.. You know...


Dear Son(s)
Jangan menonton video lucah. I know. I know it is good and everybody watching it. Tapi, apa salahnya kalau kamu boleh jadi seperi Papa yang tak pernah menonton citer blue. Ingat best sangat ke tengok cerita macam tu? Balik-balik buat benda sama. Balik-balik buat benda sama. Bosan betul. Tak ada perkembangan langsung. Kan?

Dear son(s)
Papa berharap, bila besar nanti, kamu akan jadi baik macam Papa. Papa baik tau. Dah la baik, setia pulak tu. Dengan itu, jikalau kamu nampak gadis-gadis comel yang tunggu bas di waktu yang panas, apa salahnya kalau kamu tumpangkan dia sekali. Kalau dalam bas dan kamu ternampak ada gadis comel tengah berdiri, apa salahnya kalau kamu menyuruhnya untuk duduk di tempat kamu. Kita sebagai makhluk unik, limited dan terpelihara, kita mestilah tunjukkan teladan terhadap kaum-kaum yang satu lagi tu. Maklum lah, kaum satu lagi tu lembik. Tapi comel. Yeah I know. I like it.


Dear son(s)
Girl-girl zaman Papa tu semua berjenis-jenis yang ada. Zaman kamu Papa tak tahu lah pula. Tapi, Papa harap kamu pandai-pandai lah pilih isteri-isteri kamu. Yang suka main tepung di muka (make up 5 inci) tu, awal-awal kamu reject lah. Kamu mesti tak nak kahwin dengan perempuan bertopengkan tepung kan? Tau tak tepung tu lama-lama jadi apa? Ya, jadi daki. Kamu tentu tak nak kahwin dengan gadis banyak daki kan?


Kalau kamu nak keluar dengan mana-mana awek pun, tak der hal. Papa on jer. Tak kisah pun. Nak Papa teman kan pun tak apa. Tapi dengan satu syarat. awek tu mesti bukan murah lagi bukan mudah di dekati. Cari lah awek yang susah nak tackle sikit. Baru lah ada adventure. Tengok macam Papa. Ingat senang ke nak tackle Mama kamu tu? Susah tau. Maklum lah, Mama kamu tu artis. Berlakon dalam Adamaya. Dah lah berlakon, jadi duta Lip-Ice-Mentolatum-what-I-have-no-idea pulak tu. Memang banyak ah saingan Papa. Tapi Papa stready je. Papa relax-relax je.
Dear Son(s)
Cuba kamu bayangkan. Ingat best ke bila kita nampak awek yang comel, then kenyit-kenyit sikit dah dapat no phone. Tak ada adventure langsung. Mesti cepat bosan. Bak kata orang, tak ada drama. Well, ingat pesan Papa. "Cinta; susah datang, susah pergi." So, kalau nampak awek yang priceless tu, jangan cepat give up. Perempuan ni biasalah. Suka jual mahal. Bajet ah nak tengok kesungguhan si lelaki. Kang sekali lelaki tu give up, mula lah si perempuan menangis tanpa sebab. Mengada-ngada.

Oh oh lagi satu. First date, kena buat kat rumah. Papa nak buat audition untuk dia. Kalau tak cukup comel, Papa reject.

Tapi, andai kata kamu dah ada awek(s) comel, then kamu jumpa awek yang lagi-lagi comel dan muda. Please. Please lah jangan tamak. Ambil satu dua awek cukup lah. Yang selebihnya, hukur-hulurkan kan lah kat Papa. Anak Papa, kan?

TERBAEK ! >3

kehebadan papa part II :D

Hai, my sweetheart(s).


How are your boyfriendss? Sihat? Oh, sorry lah kalau mereka semua kini berada di hospital. Papa dah kasi green light kat abang-abang kamu untuk kerjakan mereka kalau mereka berani buat benda-benda bullshit. So, yeah, Papa harap kamu faham kenapa Papa suruh abang-abang kamu bawak baseball bat bersama mereka ketika kamu keluar bersama mereka minggu lepas.


Well, Papa tahu yang kamu akan jadi famous dan hot stuff sebab kamu perempuan dan sure kamu akan mewarisi kejelitaan dan kecomelan Mama kamu, Fazura. Eh, bukan Fazura tapi Fasha Sandha. Eh tak tak bukan Fasha Sandha, tapi Hamis Zalikha kot... Tak pun Memey. Errr...err entah lah. Papa pun dah lupa siapa Mama kamu. HAHA.

Okay-okay relax. Papa just bergurau. Sebenarnya, bukan apa. Papa masa muda-muda dulu banyak history. Nak-nak dengan Fasha Sandha yang comel dan bersuara manja tu. Apa... Kamu ingat Fasha Sandha kamu tu tak hot ke dulu? Kamu ingat ramai ke tak minat dia? Ramai tau yang minat dia. Lagi-lagi kaum perempuan (HAHA). Kalau tak ramai yang minat, tak akan lah boleh tercalon dalam ABP 2010 / 2011 kan? Lagi pun, kalau dia tak famous, tak akan lah nama dia asyik di search di YouTube ye tak?

Dear Sweethearts,

Papa harap, bila kamu dah besar nanti, please lah jangan nak mengada-ngada join Akademi Fantasia, Mentor and what so ever. Semua 'perkerjaan' tu amatlah tak sesuai bagi kamu. Yet, Papa geli lah kasi orang seluruh dunia tengok bentuk badan kamu. Nak-nak, bila jadi artis tu, mesti dapat sponsor baju seksi-seksi. Dengan itu, kamu tak geli ke pakai baju seks-seksi dan kasi orang lain melihat susuk tubuh kamu? Ya Papa tahu ramai perempuan suka pakai seksi-seksi termasuk pakai legging untuk tarik perhatian lelaki. Tapi, tengok macam Papa, mana ada pakai seksi-seksi. Relax je pakai baju kemeja. Tak der nye Papa pakai legging nak tarik perhatian kaum perempuan. Tapi still, melekat juga Mama kamu kat Papa.


Seperti apa yang Papa nasihatkan kat abang-abang dan adik-adik lelaki kamu, Papa harap kamu tak tonton citer blue. Dulu masa muda-muda dulu, Papa jadi pengawas sekolah yang berkaliber tau. Dan bila ada spot check dan kantoi perempuan bawak handphone, mesti handphone tu ada cerita lucah. Dan bila check-check lagi, mesti ada Maria Ozawa. Papa tak faham betul lah. Kalau lelaki tengok Maria Ozawa, then maybe it is 'normal'. Tapi apasal perempuan pun tengok Maria Ozawa? Seriously dari zaman dulu hinggalah sekarang Papa dah beristeri empat, still, Papa tak tahu kenapa perempuan suka tonton 3gp Maria Ozawa. Kebanyakkan perempuan ni lesbian or something?

Well,


Nanti, bila kamu semakin besar, kamu akan tahu perangai orang-orang di sekeliling kamu. Kamu mungkin akan ada kawan baik yang Oh-We-Are-Friends-For-Ever lah kononnya. Tapi jangan terkejut yang kawan kamu tu akan jadi the worse enemy, ever. Dieorang akan ada pisau yang amat-amat tajam untuk tikam belakang kamu. Tapi jangan risau. Kamu ada Papa. Kamu bagi tau je siapa gadis yang tikam belakang kamu tu. Kamu bagi alamat rumah dia. Nanti Papa hantar abang kamu pergi tackle. Tackle kaw-kaw. Then bila girl tu dah tangkap leleh dengan abang kamu, Papa akan suruh abang kamu clash dengan dia di depan orang ramai di hadapan saudara mara dia. Sure girl tu akan merana gila bila putus dengan abang kamu. Perfect plan kan?


Dear little girls,

Kalau ada lelaki nak tackle kamu, jangan mudah kasi chance. Cari lah lelaki yang unik sikit. Tapi Papa dulu lain tau. Papa dulu nak tackle Mama kamu, senang je. Nak tahu tak macam mana Papa tackle Mama kamu? Papa pergi kat rumah dia then cakap:



"Hey, you. Yes you. I suka kat you. So, I akan tackle you. You mungkin akan jual mahal gila. Tapi tak apa sebab I tak akan give up. So, paling lama I mengurat you pun adalah dua minggu. Selepas dua minggu, confirm you akan jatuh cinta dan nak kahwin dengan I. Tapi, tak ke you rasa membazir je dua minggu tu? So, apa kata kita skip proses mengurat dua minggu tu, then terus kahwin dengan I. What say you?"

Papa cakap macam tu, malam tu jugak mama kamu ajak Papa kahwin. Esok lusa dah dapat abang kamu.

Tambahan pula, kita kena ingat. Kita ni hidup bukan based pandangan orang lain. So, kalau kamu suka kat someone tu, kamu bagi tahu abang kamu. Biar abang kamu handle. Pandai-pandai lah abang kamu buat macam mana nak kasi die ajak kamu kahwin. Dan ingat, andai kata kamu bercinta, jangan layan sangat cinta-cinta tu. Tu semua bullshit. Duniawi je semua tu. So, kalau kamu suka kat lelaki tu, tapi lelaki tu tak suka kamu, kamu hanya perlu play it cool. Tengok macam Papa. Dulu masa muda-muda, Papa suka kat bekas bakal Mama kamu, Nasha Aziz tau. Tapi bekas bakal Mama kamu tu tak suka kat Papa. Tapi tak apa. Papa tak kisah. Dia yang tak nak kat Papa. Dia lah yang rugi. Bukan Papa. Papa tak rugi apa-apa. Papa relax-relax je.

Dear little girls,

Last but not least, kalau kamu nak tahu peranagai lelaki yang gatal, kamu tengok je abang-abang kamu tu. Dieorang tu semua gatal tau. Dah la gatal, bermulut manis pula tu. Tapi, walaupun mereka gatal, mereka setia tau. Hais, entah dari dari mana la mereka belajar perangai pelik macam tu. Nasib baik Papa tak macam dieorang.






Dan yang terakhir, bila kamu dah reti membaca, tolonglah, tolong, tolong jangan baca blog Papa.

Thursday, February 24, 2011

KAU & AKU < islamic way . yeke ? >


Assalamualaikum . sje nk kongsi .

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

and you all must be like , 
" habes aina , dah kapel ni , kapel je lah .. bukan kite org bt bnde2 haram pun , "

actually like this , dosa pahala allah yg beri , ana dah beri yg terbaik utk mengingati :D waallahualam .