Saturday, February 26, 2011

kehebadan papa part II :D

Hai, my sweetheart(s).


How are your boyfriendss? Sihat? Oh, sorry lah kalau mereka semua kini berada di hospital. Papa dah kasi green light kat abang-abang kamu untuk kerjakan mereka kalau mereka berani buat benda-benda bullshit. So, yeah, Papa harap kamu faham kenapa Papa suruh abang-abang kamu bawak baseball bat bersama mereka ketika kamu keluar bersama mereka minggu lepas.


Well, Papa tahu yang kamu akan jadi famous dan hot stuff sebab kamu perempuan dan sure kamu akan mewarisi kejelitaan dan kecomelan Mama kamu, Fazura. Eh, bukan Fazura tapi Fasha Sandha. Eh tak tak bukan Fasha Sandha, tapi Hamis Zalikha kot... Tak pun Memey. Errr...err entah lah. Papa pun dah lupa siapa Mama kamu. HAHA.

Okay-okay relax. Papa just bergurau. Sebenarnya, bukan apa. Papa masa muda-muda dulu banyak history. Nak-nak dengan Fasha Sandha yang comel dan bersuara manja tu. Apa... Kamu ingat Fasha Sandha kamu tu tak hot ke dulu? Kamu ingat ramai ke tak minat dia? Ramai tau yang minat dia. Lagi-lagi kaum perempuan (HAHA). Kalau tak ramai yang minat, tak akan lah boleh tercalon dalam ABP 2010 / 2011 kan? Lagi pun, kalau dia tak famous, tak akan lah nama dia asyik di search di YouTube ye tak?

Dear Sweethearts,

Papa harap, bila kamu dah besar nanti, please lah jangan nak mengada-ngada join Akademi Fantasia, Mentor and what so ever. Semua 'perkerjaan' tu amatlah tak sesuai bagi kamu. Yet, Papa geli lah kasi orang seluruh dunia tengok bentuk badan kamu. Nak-nak, bila jadi artis tu, mesti dapat sponsor baju seksi-seksi. Dengan itu, kamu tak geli ke pakai baju seks-seksi dan kasi orang lain melihat susuk tubuh kamu? Ya Papa tahu ramai perempuan suka pakai seksi-seksi termasuk pakai legging untuk tarik perhatian lelaki. Tapi, tengok macam Papa, mana ada pakai seksi-seksi. Relax je pakai baju kemeja. Tak der nye Papa pakai legging nak tarik perhatian kaum perempuan. Tapi still, melekat juga Mama kamu kat Papa.


Seperti apa yang Papa nasihatkan kat abang-abang dan adik-adik lelaki kamu, Papa harap kamu tak tonton citer blue. Dulu masa muda-muda dulu, Papa jadi pengawas sekolah yang berkaliber tau. Dan bila ada spot check dan kantoi perempuan bawak handphone, mesti handphone tu ada cerita lucah. Dan bila check-check lagi, mesti ada Maria Ozawa. Papa tak faham betul lah. Kalau lelaki tengok Maria Ozawa, then maybe it is 'normal'. Tapi apasal perempuan pun tengok Maria Ozawa? Seriously dari zaman dulu hinggalah sekarang Papa dah beristeri empat, still, Papa tak tahu kenapa perempuan suka tonton 3gp Maria Ozawa. Kebanyakkan perempuan ni lesbian or something?

Well,


Nanti, bila kamu semakin besar, kamu akan tahu perangai orang-orang di sekeliling kamu. Kamu mungkin akan ada kawan baik yang Oh-We-Are-Friends-For-Ever lah kononnya. Tapi jangan terkejut yang kawan kamu tu akan jadi the worse enemy, ever. Dieorang akan ada pisau yang amat-amat tajam untuk tikam belakang kamu. Tapi jangan risau. Kamu ada Papa. Kamu bagi tau je siapa gadis yang tikam belakang kamu tu. Kamu bagi alamat rumah dia. Nanti Papa hantar abang kamu pergi tackle. Tackle kaw-kaw. Then bila girl tu dah tangkap leleh dengan abang kamu, Papa akan suruh abang kamu clash dengan dia di depan orang ramai di hadapan saudara mara dia. Sure girl tu akan merana gila bila putus dengan abang kamu. Perfect plan kan?


Dear little girls,

Kalau ada lelaki nak tackle kamu, jangan mudah kasi chance. Cari lah lelaki yang unik sikit. Tapi Papa dulu lain tau. Papa dulu nak tackle Mama kamu, senang je. Nak tahu tak macam mana Papa tackle Mama kamu? Papa pergi kat rumah dia then cakap:



"Hey, you. Yes you. I suka kat you. So, I akan tackle you. You mungkin akan jual mahal gila. Tapi tak apa sebab I tak akan give up. So, paling lama I mengurat you pun adalah dua minggu. Selepas dua minggu, confirm you akan jatuh cinta dan nak kahwin dengan I. Tapi, tak ke you rasa membazir je dua minggu tu? So, apa kata kita skip proses mengurat dua minggu tu, then terus kahwin dengan I. What say you?"

Papa cakap macam tu, malam tu jugak mama kamu ajak Papa kahwin. Esok lusa dah dapat abang kamu.

Tambahan pula, kita kena ingat. Kita ni hidup bukan based pandangan orang lain. So, kalau kamu suka kat someone tu, kamu bagi tahu abang kamu. Biar abang kamu handle. Pandai-pandai lah abang kamu buat macam mana nak kasi die ajak kamu kahwin. Dan ingat, andai kata kamu bercinta, jangan layan sangat cinta-cinta tu. Tu semua bullshit. Duniawi je semua tu. So, kalau kamu suka kat lelaki tu, tapi lelaki tu tak suka kamu, kamu hanya perlu play it cool. Tengok macam Papa. Dulu masa muda-muda, Papa suka kat bekas bakal Mama kamu, Nasha Aziz tau. Tapi bekas bakal Mama kamu tu tak suka kat Papa. Tapi tak apa. Papa tak kisah. Dia yang tak nak kat Papa. Dia lah yang rugi. Bukan Papa. Papa tak rugi apa-apa. Papa relax-relax je.

Dear little girls,

Last but not least, kalau kamu nak tahu peranagai lelaki yang gatal, kamu tengok je abang-abang kamu tu. Dieorang tu semua gatal tau. Dah la gatal, bermulut manis pula tu. Tapi, walaupun mereka gatal, mereka setia tau. Hais, entah dari dari mana la mereka belajar perangai pelik macam tu. Nasib baik Papa tak macam dieorang.






Dan yang terakhir, bila kamu dah reti membaca, tolonglah, tolong, tolong jangan baca blog Papa.

No comments:

Post a Comment